Tuesday, 3 June 2014

Duhai TGNA




بسم الله الرحمن الرحيم




Akhirnya, Allah mengizinkan aku untuk sekali lagi berpijak di negeri serambi mekah iaitu bumi Kelantan.

Alhamdulillah kerana niat yang terpendam di hati akhirnya ditunaikan keluarga tercinta. Tidak lain tidak bukan impianku adalah untuk bertemu ulama' yang dicintai rakyatnya, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebuah pertemuan yang menyentuh hati. Pertemuan yang aku sendiri tidak menyangka dan seolah mimpi dibuai lena. Alhamdulilah. Ini lah ulama' yang begitu zuhud hidupnya. Dapat bertemu dengan ulama' TGNA bagaikan suatu perasaan yang tak mungkin aku gambarkan dengan kata-kata. Namun atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan pertemuan sekadar untuk bersua muka. Hadiah yang ku titipkan tidaklah seberapa, namun aku mengharapkan ianya menjadi doa dan kenangan yang terus berkekalan.

Aku hanya mampu berdoa agar Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik kepadamu duhai ulama'. Moga Allah mentakdirkan pertemuan kali kedua untuk aku bertemu denganmu. Jika bukan di dunia, berharap syurga akan menanti di sana.

No comments :

Post a Comment