Wednesday, 21 June 2017

Me,myself and I





"Orang mungkin memandang kita penuh kekurangan, tetapi diri kita, kitalah yang tahu bagaimana kita mempertingkatkan diri supaya menjadi lebih baik dari semalam.

Contohnya,  hari ini baru kita dapat membezakan antara kunyit, halia dan lengkuas. Bagi orang lain yang mahir di dapur, apalah sangat.

Tetapi bagi kita yang sebelum ini tidak tahu, ia satu peningkatan. Walau kecil di mata orang. Bagi kita ia satu perubahan positif.

Daripada tidak tahu kepada tahu. Daripada takut dengan percikan minyak masak menjadi berani berdiri di depan kuali. Daripada telur mata kerbau jadi telur dadar yang bervariasi.

Sebab itu, diri kita, kitalah yang tahu seberapa banyak peningkatan yang telah kita lakukan.

Orang mungkin tidak nampak betapa kita cuba untuk berubah. Namun, biarlah, apa yang penting kita menjadi lebih baik dari semalam sedikit demi sedikit.

Biarlah dipandang sebagai insan yang banyak lompangnya, asal kita tidak membenci diri sendiri.

Tenang-tenang jalani kehidupan, Allah tahu betapa kita berusaha menampal kelompangan yang ada. "

:)

@medandakwah

No comments :

Post a Comment